Kesian tengok Adik teruk kena kecam. Ini pesanan pedas Shiera kpd netizan
Kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah, 45, memilih untuk tidak peduli dengan kata-kata cemuhan yang dilemparkan kepada adiknya.
Kata wanita yang mesra dengan nama Shiera itu, perkara itu perlu diterima memandangkan Sakinah adalah seorang selebriti.
“Yang serang Sakinah dia baru ada dekat muka bumi ini tiga hari. Macam suami dia tak ada perempuan lain. Kononnya dia sembahyang lima waktu, dia paling baik.
“Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni.
“Mereka yang mencemuh kena ingat bukan dia saja di dunia ini. Dia selamat sebab kita taktahu kehidupan dia macam mana,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah isteri kepada aktor Ijoy Azhari menyatakan penceraian yang berlaku ini merupakan proses pembelajaran kepada Sakinah.
“Ada keuntungan juga kepada Sakinah. Disebabkan dia public figure ramai yang suka dengan dia. Ada yang mendoakan. Orang yang kenal rapat lebih tahu tentang diri Sakinah.
“Kadang-kadang lepas bercerai ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah.
“Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain,” katanya lagi.
Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.
Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun.
Berikut reaksi dari netizan
“Benda boleh elak sekurang kurang kurangya pakaian tu tutup tubuh jangan bagi orang lain tengok..ni peha pun nampak..setakat tak pakai tudung orang anggap biasa walaupun tetap tak boleh..tapi bila dah nampak peha ni memang teruk la..suami mana tak bengang orang duk tengok peha isteri…kesabaran lelaki ada tahap…kesabaran lelaki memuncak bila duk ngan kawan kawan..kawan kawan kata kau ni dayus la bini pakai nampak peha pun tak tegur..kau ni takut bini ke..masa ni kesabaran pada isteri dah hilang dah…bila bercerai cakap saya ni tak baik…dah lapuk dah…pakaian terlalu seksi sehingga nampak peha…renung balik masih boleh berbaik baru talak satu..jernihkan balik hubungan
“Mungkin kakak dye pon da penat nasihat kan adik tu..ade yg sejenis tak mkn saman..tak memikirkan baik buruk yh brlaku family gak kena tempias..nk kena tggu mase baru nk berubah..ade je kan adik beradik yg sejenis nakal n susa nk dengar kate..family kena..so tak yah lah acah2 suci yg family kita ni dibawah lindungan kaabah..ape yg kina buat mmg salah..tapi shiera trpkse backup utk adik dye..
“Senang dan simple. Bila kita dah jadi isteri orang, kita berubah untuk jaga nama bik suami. Jaga aib suami. Bila jadi ibu, kita berubah supaya anak melihat bahagian positif kita. Jgn buat anak malu akibat perbuatan kita. Dua perkara ni saja. Tak kan itu pun kita tak boleh buat. Sebagai anak, kita pun tak nak mak bapak malu. Diorang dah didik kita dengan baik. Susahke nak jaga maruah mak bapak kita.
MB
You must be logged in to post a comment.