Remaja 13 tahun tembak mati adik
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak menembak mati adiknya hanya kerana pergaduhan kecil yang tercetus semasa bermain permainan ‘polis dan pencuri’ di Virginia, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Menurut laporan polis, remaja itu telah dituduh melakukan jenayah membunuh selepas menembak kepala adiknya yang berusia 9 tahun pada pagi Rabu.
Dalam satu keterangan polis yang digunakan untuk menyokong tuduhan itu mengatakan bahawa, ketika kejadian, mangsa berada di ruang tamu sebelum remaja terbabit menembaknya menggunakan sepucuk pistol yang disimpan di sebuah sofa oleh bapanya bagi tujuan keselamatan.
Remaja itu kemudian memberitahu polis bahawa dia bertindak sedemikian kerana berasa marah selepas mangsa tidak mendengar arahannya ketika bermain permainan tersebut.
Difahamkan, remaja itu bertindak menghubungi talian kecemasan 911, dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital. Sinar