Kenapa ajak saya buat benda yang jijik
PELAKON, Mathni Razak mendedahkan kerap mendapat mesej daripada lelaki yang mahu mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.
Mathni berkata, dia berasa mula terganggu apabila terlalu kerap mendapat mesej sebegitu meski pada awalnya tidak pernah mengendahkan.
“Saya terima setiap permintaan untuk menjadi rakan di Facebook dan melayan semua orang dengan sama rata supaya tidak dicop sombong.
“Namun, apabila bersikap ramah ada pula orang yang tak henti-henti menghantar mesej mengajak saya lakukan perkara tidak senonoh. Lebih jijik daripada kaum sejenis,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mathni, tindakan lelaki tidak dikenali itu dianggap keterlaluan dan tidak menunjukkan rasa hormat pada orang lain.
“Saya tidak mahu maki hamun orang kerana saya bukan jenis begitu. Tapi, tindakannya itu menunjukkan dia tidak menghormati saya.
“Pada awalnya, saya sendiri pun tak tahu apa itu ‘gb’ yang dimaksudkan. Selepas merujuk kepada rakan yang tahu, mereka beritahu saya bahawa dia mengajak saya melakukan ‘gangbang’.
“Itu satu hal. Ada juga yang mengajak saya membuat panggilan video dan saya sendiri tak tahu apa tujuan mereka,” katanya.
Susulan itu, pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Rudy vs Jolie itu kini lebih berhati-hati dan mula menyekat beberapa akaun Facebook yang meragukan.
“Sekarang, saya sudah mula tapis dan sekat akaun yang nampak ‘aneh’ serta meragukan untuk mengelakkan perkara begini terus berlaku,” katanya.
Mathni kini berada di Kuantan, Pahang bagi menghabiskan penggambaran drama bersiri arahan pengarah Shuhaimi Lua itu.
HM
You must be logged in to post a comment.