Pertemuan Hamzah, Anwar, Perikatan Nasional Bakal Terima Sekutu Baru?

 

“Apa yang menarik, Mahathir berjaya juga meletakkan Mukhriz diposisi yang penting dalam memastikan legasinya dapat dikekalkan.”

Pelbagai kenyataan politik diantara kerajaan & pembangkang terus mewarnai arena politik tanah air. Ini menunjukkan bahawa suhu politik negara tiada tanda akan menurun malah ianya bertambah panas hujung minggu ini. Apa yang menarik perhatian, adalah pergolakkan kem 2 pembangkang yang diterajui oleh Mahathir & Anwar. Pergeseran diantara mereka ini tidak lagi mampu disembunyikan setelah masing – masing saling menyindir dan kadang kala menyerang secara terbuka berkaitan dengan isu pencalonan bagi jawatan perdana menteri ke 9 bagi Pakatan Harapan.

Umum mengetahui sebelum ini, bahawa pemimpin PH sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Mahathir sebagai calon PM bagi PH buat kali kedua dan kali ketiga berturut -turut bagi Mahathir. Namun, tindakan ini langsung tidak disenangi oleh PKR selaku sekutu besar mereka dalam Pakatan Harapan. Setiausaha Agung PKR saudara Saifuddin Nasuition dalam kenyataan terbukanya mengingatkan agar PKR tidak jatuh ke dalam lubang yang sama berkali – kali. Hasilnya, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada 19 Jun lalu telah memutuskan untuk menolak pencalonan Mahathir dan memilih mereka Presiden PKR Dato Seri Anwar sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.

Artikel Berkaitan: DAP, Amanah dan Warisan cadang Dr M sebagai calon PM, Anwar masih Kekal BAKAL PM lagi

Keputusan PKR tersebut mengagalkan sama sekali cita – cita Mahathir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada PKR. Selepas PKR mengumumkan kenyataan dan pendirian mereka itu, Mahathir kelihatan begitu terdesak sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan tetap menjadi perdana menteri dengan cara yang lain. Kenyataan ini sebenarnya amat berbahaya, kerana ianya boleh ditafsirkan dengan tafsiran yang pelbagai samada oleh lawan ataupun penyokong bekas perdana menteri tertua didunia itu. Ini kerana menurut Mahathir, Anwar tetap tidak boleh menjadi PM kerana beliau banyak musuh dan tiada sokongan.

Artikel Berkaitan: Mahathir kata Anwar banyak musuh, tak boleh jadi PM

Namun pada 25 Jun Mahathir meneruskan langkah dengan mengadakan pertemuan yang berlangsung di rumah tamu sabah di Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa pimpinan kanan dari DAP,  Amanah dan Warisan. Hasil daripada pertemuaan berkenaan, Mahathir bersetuju dan mencalonkan Shafie Apdal sebagai calon PM yang baru menggantikan beliau manakala Anwar pula dilantik sebagai TPM 1 dan anaknya Mukhriz sebagai TPM2. Cadangan ini disokong penuh oleh DAP & Amanah walaupun tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan PKR. Apa yang menarik, Mahathir berjaya juga meletakkan Mukhtiz diposisi yang penting dalam memastikan legasinya dapat dikekalkan.

Artikel Berkaitan: Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

Berbalik kepada pertemuaan Hamzah dan Anwar baru – baru ini, terdapat cakap – cakap bahawa ini adalah langkah dan perancangan Anwar bagi membantutkan usaha Mahathir untuk berkuasa semula samada melalui dirinya sebagai Perdana Menteri ataupun melalui proksinya. Anwar sebenarnya telah menerima realiti berbanding Mahathir. Hasrat beliau untuk menjadi PM adalah hampir mustahil setelah apa yang berlaku di dalam PH. Apa yang penting pada beliau ketika ini adalah untuk mengukuhkan semula PKR dan meneruskan survival politik mereka. Penganalisa politik tidak menolak kemungkinan pertemuan Hamzah Anwar adalah langkah awal untuk merintih kerjasama politik diantara PKR dan Perikatan Nasional. Jadi adalah tidak mustahil kemungkinan PN akan menerima sekutu baru bagi menguatkan lagi kedudukan politik mereka adalah positif. Jika ini berlaku cita – cita PH untuk kembali sebagai kerajaan hanya tinggal sebagai kenangan.

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 

Sisipan laporan dari Malaysiakini

Hamzah: Jumpa Anwar pertemuan peribadi

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengakui ada bertemu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim baru-baru ini, lapor Bernama.

Beliau yang juga menteri dalam negeri ketika ditanya wartawan Bernama berkata ia adalah pertemuan peribadi individu yang sudah tidak berjumpa selama beberapa tahun.

Hamzah selanjutnya dipetik Bernama berkata perkara yang dibincangkan adalah perkara peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada umum.

Pada 19 Jun lalu, Ketua Whip PKR, Johari Abdul mengesahkan bahawa Anwar sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa pemimpin di “blok sebelah”.

Jelasnya, keputusan ini dibuat setelah PKR bertekad untuk menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.

Kata Johari, Anwar memaklumkan perkara itu pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR yang dibuat secara dalam talian pada ketika itu.

Gambar fail.

Antara nama pemimpin yang disebut termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan pemimpin kerajaan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Hamzah hari ini dipetik Bernama berkata tidak ada masalah bagi beliau membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang sedang berlangsung, walaupun beliau telah meninggalkan parti itu.

Jelasnya, perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya memandangkan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan sejak dari Umno sehingga menyertai Bersatu.

“Agenda perjuangan saya adalah untuk agama, bangsa dan negara. Kalau saya bersama mana-mana parti sekalipun, asalkan ia mengikut apa yang saya perjuangkan dan sama dengan prinsip saya, maka saya akan tegas keluar untuk membantu.

“Kalau dahulu semasa saya bersama Pakatan Harapan (PH), mungkin saudara saudari tidak pernah melihat, malah dalam parlimen pun, saya tidak bercakap apa-apa (tentang perjuangan PH),” katanya, lapor Bernama.

Hamzah berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di Chini hari ini, yang turut dihadiri timbalan beliau, Dr Ismail Mohamed Said.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Hamzah yang ketika itu anggota Umno menang atas tiket BN sewaktu kerajaan BN tumbang pada PRU itu.

Pada Disember 2018, beliau telah keluar Umno bersama beberapa orang lagi MP parti itu dan menyertai Bersatu sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu pada Mac lepas.

MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker