Anak beranak juga layak – pegawai Nurul Izzah

Anak beranak juga layak – pegawai Nurul Izzah

Lantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan perdana menteri dapat mengubah tanggapan berkaitan dakwaan nepotisme, kata pegawai kanannya.

“Selain itu, pelantikan Nurul Izzah juga akan dilihat sebagai usaha merubah persepsi bahawa anak beranak juga layak jika tujuannya untuk mengumpul atau mendapatkan balik kekayaan negara untuk dipulangkan kepada rakyat,” kata Amir H Ghazali.

Amir berkata, tidak timbul dakwaan kronisme ataupun nepotisme kerana ia dibuat demi kepentingan negara.

“Lagipun Nurul Izzah bukan CEO (ketua pegawai eksekutif) atau pengerusi yang ada sebarang kuasa untuk meluluskan projek, tender dan sebagainya,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, selepas beberapa hari dikecam, Amir berkata tidak semestinya kronisme atau nepotisme diukur disebabkan penglibatan anak beranak jika seseorang itu mempunyai kredibiliti dan kebolehan.

Sementara itu, dia juga mendedahkan bawawa Nurul Izzah menumpukan tugasnya untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadap Bajet dan dasar kerajaan.

Dia juga berkata lantikan Nurul IZaah yang membentuk pasukan yang rapat dengan perdana menteri memudahkan pelan tindakan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang hendak dilaksanakan segera.

“Justeru, buat apa hendak menggelabah jika sekiranya pihak-pihak di sebelah sana yang kini pembangkang kalau tidak melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya. FMT

Anak beranak juga layak – pegawai Nurul Izzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker