Anak Mat Sabu aka Mat John Dipenjara 8 Bulan
ANAK bekas Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad dihukum penjara 8 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka pada awal tahun lalu.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap anak Mohamad Sabu itu.