Selepas Langkah Sheraton kini ada Langkah Dorsett.

Pertemuan apa di Dorsett Hartamas?

Apakah sebenarnya yang berlaku dalam satu pertemuan selama beberapa jam antara beberapa pemimpin pembangkang di Hotel Grand Dorsett hari ini?

Adakah selepas ‘Langkah Sheraton’ kini ada pula ‘Langkah Dorsett’?

Ia diketahui selepas MalaysiaGazette dihubungi salah seorang pembaca yang ternampak kelibat mereka di hotel berkenaan sekitar pukul 1.30 petang.

Syarikat berkaitan Mirzan Mahathir disiasat Bursa Singapura

Dakwanya, pimpinan pembangkang bertemu seolah-olah ada pertemuan selain melahirkan rasa teruja apakah yang sebenarnya berlaku.

Dakwa pembaca itu, beliau ternampak kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Dr. Maszlee Malik.

Bagaimanapun, tinjauan sekitar jam 2 petang tadi mendapati beberapa buah kereta termasuk milik Anwar dengan beberapa kereta lain tidak dapat dipastikan pemiliknya di perkarangan hotel juga di tempat parkir joki kereta.

Dorsett1-1024x683Bagaimanapun, penulis tidak dibenarkan masuk ke kafe di hotel berkenaan sebaliknya hanya dibenarkan di lobi sahaja.

Selang beberapa lama kemudian, kelibat beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR kelihatan ditemani oleh Fahmi Fadhil, Xavier Jayakumar, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Turut sama kelihatan bersama-sama Anwar ialah Khalid Samad.

Masing-masing berhenti dan kelihatan berbisik antara satu sama lain sambil menunggu kereta mereka tiba di perkarangan hotel.

Selepas itu kelihatan pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Tony Pua dan juga Anthony Loke keluar.

Juga turut kelihatan ialah bekas menteri seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama-sama beberapa pengikutnya.

Namun demikian tidak nampak pula kelibat pemimpin Bersatu termasuk Mahathir, Maszlee mahupun Syed Saddiq.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette masih lagi cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung pertemuan ini namun sumber-sumber terus mengunci mulut ketika ini.

Jika ia bukan satu pertemuan rahsia tidak pasti pula mengapa antara pimpinan PH yang hadir ‘mengunci mulut’? mengenainya.- MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker