Khalid Samad Mengata Siapa Gila Nak Jadi PM, Mahathir atau Anwar?
Khalid Samad datang lagi kali ini dia meroyan mahkamah telah membebaskan Musa Aman daripada pertuduhan. Kita tahu pertuduhan ke atas Musa Aman dari awal bermotifkan politik untuk menjatuhkan beliau. Musa perlu dijatuhkan kerana Tun Dr Mahathir mahu mengukuhkan kerajaan tebuk tupai di Sabah. Barisan Nasional menang secara sah kerajaan negeri Sabah sebelum dijatuhkan oleh Pakatan Harapan.
Hari ini keadilan buat Musa Aman. Bersyukurlah kita atas kejatuhan rejim Pakatan Harapan pimpinan DAP.
Dulu ramai juga panggil pemimpin tertentu pengkhianat kerana bersetuju dengan kejatuhan PH. Rupanya hasil usaha para ‘pengkhianat’ itu telah memulihkan sistem perundangan negara dari menjadi alat politik puak tertentu dalam kerajaan dulu. Ini bukan cerita dongeng. Lihat sahaja surat-surat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Peguam Negara. Ia jelas menunjukkan manipulasi sistem keadilan kita.