“Hang Pecat Aku Ye.. Aku Pecat Hang Balik” – Mahathir Pecat SUK Bersatu
Sazmi Miah SUK BERSATU Baru Ganti Suhaimi Yahya
Tun Mahathir hari ini mengumumkan pemecatan SUK BERSATU Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan melantik Sazmi Miah sebagai SUK BERSATU yang baru.
Keadaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin huru hara dan menyebabkan ramai ahli terpinga dengan apa yang sedang berlaku.
“memandang bahawa Setiausaha Kerja ini (Suhaimi Yahya) sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan SUK ini, so sekarang Suhaimi bukan lagi Setiausaha Kerja, dia tiada hak untuk tulis surat apa semua sebagai SUK atau guna kertas parti BERSATU” – Mahathir
Situasi terbaru ini sangat mengelirukan dengan spekulasi perletakkan jawatan lebih dari seorang dari ahli BERSATU dari kabinet kerajaan yang dijangkakan hari ini. Mereka juga dispekulasikan akan memberi sokongan penuh kepada Tun M dan Pakatan Harapan. Jika benar berlaku peralihan sokongan maka kerajaan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti sebagai sebuah kerajaan.
[the_ad id=”186767″]
Apa yang mampu Presiden BERSATU lakukan sekarang? Solusi paling mudah hanyalah lupuskan parti BERSATU dan singkir pemberontak sekaligus atau mohon perintah darurat sepenuhnya dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menjamin kestabilan negara dari sebarang kucar kacir politik.
You must be logged in to post a comment.