‘Pemberontakan’ Dr M jadi duri dalam daging buat Bersatu
Sejarah akan tercipta pada 18 Mei nanti bukan saja disebabkan persidangan berlangsung sehari, malah wakil daripada satu parti dijangka berada di kedua-dua posisi kerajaan dan pembangkang.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN), majoriti anggota Parliimen parti itu akan berada di kerusi kerajaan dan majoriti kecil lagi yang bersama Dr Mahthir Mohamad akan duduk bersama pembangkang.
Ini mungkin akan menjadi pemandangan yang membingungkan dan belum pernah terjadi sebelumnya. Bagaimanapun ramai pemimpin Bersatu enggan menggulas mengenai perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Ada yang mengatakan bahawa ada pesanan supaya tidak mengulas isu politik ketika ini.
Pada 20 April lalu, Mahathir menjelaskan bahawa dia tidak akan duduk di bahagian kerajaan dan bahawa Bersatu – yang bermaksud “bersatu” atau “menjadi satu” – pada dasarnya terbelah dua.
“Jadi, puak menentang pemerintah tidak boleh duduk bersama dengan puak dengan pemerintah,” kata Mahathir.
Parlimen belum mengemas kini laman webnya dengan susunan tempat duduk.
Berdasarkan pengalaman Perak pada tahun 2009 – satu-satunya insiden perubahan dalam penggantian pemerintahan pertengahan – pengaturan tempat duduk baru hanya akan didedahkan pada hari persidangan.
Tidak dapat hentikan Dr M
Menurut orang dalam parti itu yang bercakap dengan Malaysiakini, kepemimpinan parti tidak boleh menghukum Mahathir kerana duduk di bangku pembangkang.
Katanya, peraturan parti menetapkan bahawa ahli hanya boleh diberhentikan sekiranya orang itu menyertai parti lain, bertanding dalam pemilihan pejabat awam menentang calon Bersatu, menuntut parti itu atau kehilangan kewarganegaraan Malaysia.
“Apa kesalahannya (jika Mahathir duduk dengan pembangkang)? Tidak ada kesalahan,” kata sumber itu.
Beberapa pemimpin parti itu sepakat bahawa sebarang percubaan untuk menghukum Mahathir atau anggota Parlimen parti yang berpihak kepada pembangkang akan menjadi proses yang sukar
Aduan akan diajukan kepada jawatankuasa tatatertib di mana siasatan akan dilakukan.
Anggota yang disiasat juga perlu menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa untuk perbicaraan.
Seorang lagi pemimpin parti itu menyatakan keraguan bahawa Muhyiddin akan mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir sebagai pengasas parti.
“Apakah mereka berani mengambil tindakan terhadap anggota parti nombor 1? Parti sudah tidak stabil sebagaimana adanya,” kata sumber itu.
Sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP), Mahathir dan sekutunya telah mengadakan jelajah untuk mengumpulkan ahli parti yang menentang Muhyiddin kerana menyertai “Langkah Sheraton” akhir Februari lalu dan mengangkat dirinya sebagai perdana menteri.
Walaupun sebahagian besar anggota Parlimen Bersatu menyokong Muhyiddin, ini telah menyebabkan perpecahan mendalam dalam parti.
Adakah akan ada rundingan?
Beberapa pemimpin parti memberitahu Malaysiakini bahawa puak Muhyiddin mungkin mencari jalan untuk menghindari kemungkinan memalukan itu dengan menyembunyikan perpecahan.
Sebagai contoh, ahli dewan tertinggi Bersatu dan penyokong kuat Mahathir, Abu Bakar Yahya mengatakan bahawa urusan persidangan atau tempat duduk anggota Parlimen akan ditentukan Takiyuddin Hassan.
Jelasnya, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS adalah menteri undang-undang yang bertanggungjawab dalam urusan parlimen.
“Sekiranya kita benar-benar mengenali Tun (Mahathir), dia bukan jenis yang akan melanggar peraturan.
“Kami hanya akan tahu dengan pasti bila surat yang memberitahu mengenai pengaturan tempat duduk datang,” kata Abu Bakar, yang juga setiausaha politik Mahathir.
Ketika artikel ini ditulis Malaysiakini cuba mencari jawapan apakah ada usaha puak Muhyiddin untuk memujuk Mahathir masih tidak berjaya.
Sementara itu, ahli strategi Bersatu Rais Hussin percaya bahawa Mahathir mempunyai hak sebagai ahli parlimen untuk tidak duduk di bangku pemerintah.
“Ini belum pernah terjadi sebelumnya tetapi kita hidup dalam masa yang belum pernah terjadi sebelumnya,” katanya.
Rais menambah bahawa Bersatu juga perlu melihat perkara itu dengan teliti agar tidak memburukkan lagi perselisihan antara dua pemimpin tertinggi dan memecah belah parti.
“Harapan saya adalah agar ada semacam perdamaian antara kedua pemimpin tertinggi untuk kepentingan negara yang lebih besar memandangkan kita menghadapi pandemi yang sangat penting.
Ditanya apakah ada usaha untuk memperbaiki hubungan antara Muhyiddin dan Mahathir, Rais mengatakan itu adalah kerja yang sedang berjalan.
“Muhyiddin dalam ucapannya sebagai sebagai perdana menteri menyeru kepada perdamaian.
“Mereka berdua adalah pemimpin berpengalaman,” katanya.
Mkini
You must be logged in to post a comment.