Faizal Azumu dilantik semula jadi MB Perak
Istana Perak mengumumkan Ketua PPBM negeri, Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sebagai menteri besar.
Katanya, Sultan Nazrin Shah menganggap Faizal yang meletak jawatan pada 10 Mac lalu selepas kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan tumbang, mendapat sokongan majoriti Adun Perak.
Faizal akan mengangkat sumpah pada 3.30 petang ini di Istana Iskandariah.
FMT