Ekonomi Negara Dalam Bahaya… Itu Legasi PH, Annuar Bidas Dap
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming mengenai tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan Kadar Dasar Semalam (OPR).
Dalam ciapan balasannya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu, Annuar berkata ekonomi negara yang semakin bahaya ini adalah legasi peninggalan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berharap kerajaan baharu yang dibentuk di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) akan segera membaiki kerosakan tersebut.
“Legasi PH…harap kjaan TSMY segera baiki kerosakan peninggalan PH,” twit Annuar membalas ciapan Kor Ming.
BNM semalam dalam satu kenyataan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.
Ini adalah kali kedua BNM mengurangkan OPR pada tahun ini di mana sebelum ini (22 Jan) juga sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding 3.00 peratus November tahun lalu.
Untuk rekod, sepanjang PH memerintah selama 21 bulan, bermula dengan kejatuhan bursa saham negara yang menyebabkan berbilion pengaliran wang ke luar, hingga ke tahap paling rendah sejak sembilan tahun lalu (2008:1895 mata – 2019: 1,482 mata), penyusutan nilai Ringgit Malaysia, penambahan hutang negara yang meningkat amat ketara ke angka hampir RM1 trilon, pelaburan asing yang rendah dan PH juga bertindak menjual aset-aset negara secara lambak. – UMNO ONLINE
Permainan lama DAP sudah bermula. RBA mereka dah aktif kembali di laman sosial menyebar pembohongan dan berita palsu seperti mereka lakukan sebelum PRU13 dan PRU14 dulu. Lihat saja percubaan mereka menutup kelemahan pentadbiran PH dengan menuduh Perikatan Nasional walhal dunia semua tahu PN belum pun beroperasi secara formal. Malangnya, DAP ini ingat orang Melayu dan Rakyat biasa bodoh dan lurus bendul. Permainan persepsi mereka laku masa PRU14 tetapi selama menjadi kerajaan hampir 2 tahun, wajah dan sifat mereka telah terserlah dan rakyat terutama kaum Melayu telah sedar mereka tertipu hidup2. Kerajaan PN tidak perlu buang masa melayan kerenah PH dan Mahathir. Teruskan agenda membangunkan negara dan mendekati hati rakyat. Biarkan Losers ini meroyan sendirian.