Yang umum dan potong riben projek pemimpin PH, dana dari KWSP – Najib

Saya tidak bersetuju dengan cadangan hari ini dari kerajaan PH untuk suruh PLUS Berhad membiayai kos RM30 juta membina laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor.

Alasan yang diberi kerajaan PH kenapa PLUS perlu bayar ialah kos ini tidak diperuntukan dalam bajet 2020 walaupun projek ini telah diumumkan oleh kerajaan.

Ini bukan kali pertama PLUS dimangsakan selepas PRU14.

Tahun lepas, Menteri pengangkutan kata PLUS Berhad yang akan membiayai kos membeli kamera-kamera AES tambahan serta kos penyelenggaraan kamera tersebut.

Bulan lepas, PLUS juga yang disuruh PH untuk tanggung diskaun 18% tol dan untuk mengecualikan kerajaan dari membayar pampasan tahunan untuk tol.

Ini sudah tersasar daripada matlamat kerajaan BN dahulu apabila KWSP mengambil kepentingan 49% dalam PLUS.

Ianya dirancang supaya pendapatan KWSP boleh meningkat dan dividen dan simpanan usia tua pencarum-pencaram boleh bertambah.

Perlu ingat bahawa setiap Ringgit yang diambil oleh kerajaan dari PLUS adalah bersamaan dengan mengambil 49 sen terus dari simpanan usia tua Rakyat.

Kerajaan PH sudah jarah begitu banyak dari Petronas, sudah jual begitu banyak aset dan sudah meminjam begitu banyak.

Kenapa masih mahu jarah duit simpanan Rakyat?

Rakyat perlu diutamakan.

Suruhlah Guan Eng bayar wang RM30 juta untuk kos laluan berbumbung itu kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan.

Projek ini bukan tanggungjawab pencarum KWSP.

Yang umum projek nampak glamer, PH.

Yang potong riben projek, pemimpin PH.

Yang bayar, wang simpanan Rakyat?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/652493/runding-cadangan-bina-laluan-pejalan-kaki-berbumbung-di-tambak-johor.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker