Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
Penyanyi Kau Ratnaku, Roy, 60, memerlukan dana sebanyak RM20,000 bagi menjalani pembedahan ibu jari kaki kanan yang mengalami jangkitan kuman sehingga perlu dipotong.
Menerusi hantaran dalam Facebook, Roy atau Mohammed Rauzan Alwi memohon sumbangan orang ramai agar dapat menjalankan pembedahan secepat mungkin.
“Saya ingin mohon jasa baik bantu saya mengumpul dana pembedahan ibu jari kaki kanan yang patah dan reput. Disebabkan itu, jangkitan kuman sudah menyerang sehingga ke tulang ibu jari kaki.
“Doktor pakar memaklumkan ibu jari kaki mesti dipotong kerana agak kronik dan kritikal.
“Tiada ubat atau antibiotik boleh menyembuhkan kerana kuman sudah berada dalam tulang, bukan daging. Jika kuman pada daging, antibiotik boleh membantu.
“Hampir separuh tapak kaki saya perlu dipotong, jadi saya terpaksa cari jalan lain untuk menyelamatkan ibu jari kaki bagi mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian lain,” tulisnya.
Menurut Roy lagi, dia memilih melakukan prosedur pembedahan di hospital swasta memandangkan terpaksa menunggu giliran lama di hospital kerajaan.
“Saya tak boleh bertahan lagi, giliran menunggu di hospital kerajaan terlalu lama. Saya bimbang kaki tak dapat diselamatkan.
“Oleh itu, saya terpaksa memilih hospital swasta, tetapi kos agak tinggi iaitu mencecah RM20,000.
“Saya tak mampu membiayainya dan ada juga mencari ikhtiar terapi alternatif, namun kosnya lebih kurang sama.
“Jika ada yang sudi menolong bolehlah saya usahakan pembedahan untuk menyelamatkan kaki.
“Jasa baik sahabat menghulurkan sumbangan akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa sahabat semua,” tulisnya lagi. BH
Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Safee Sali mengaku kahwin lain