Zuraida akan jumpa PM segera

SEPANG – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukannya dalam kabinet.

Zuraida berkata, beliau akan membuat satu sidang akhbar minggu depan selepas isu kedudukannya dalam kabinet selesai.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita sekembalinya dari Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Kepulangan beliau disambut oleh kira-kira 100 penyokongnya.

Zuraida berada di Turki bagi memenuhi undangan menghadiri Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin.

Sebelum itu, beliau memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) di Athens, Greece.

Pada 26 Mei, media melaporkan Zuraida mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau juga dilaporkan terus menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.

PBM, yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan didaftarkan sebagai badan politik rasmi pada 27 Oktober 2021, antara lain adalah parti dijenamakan semula daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Ismail Sabri, ketika di Tokyo, Jepun pada 28 Mei lepas berkata, Zuraida masih menteri kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa selagi beliau tidak membuat keputusan. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker