Zuhdi akui dicadang bertanding atas tiket BN

#PRU15

Zuhdi akui dicadang bertanding atas tiket BN

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marsuki akui beliau dicadangkan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15.

Zuhdi bagaimanapun menolak, di sebalik khabar angin mengatakan empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket BN.

Katanya, individu terbabit mencadangkan beliau bertanding di Parlimen Shah Alam, Selangor. Beliau tidak menamakan individu tersebut.

“Ada orang calonkan saya tetapi saya tolak kerana saya dah isytihar untuk tidak bertanding,” katanya kepada FMT.

Menegaskan dia ahli PAS yang setia, Zuhdi menambah sudah tentu akar umbi Umno sendiri akan sukar menerima cadangan itu.

“Ramuan orang lain, takkan kita nak masakkan. Kalau kita letak ramuan di situ nanti orang tak terima,” katanya.

Terdahulu, sumber memberitahu empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket BN pada PRU15, demi mengekalkan ‘semangat Muafakat Nasional’.

Mereka dicadang bertanding di empat kerusi Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa dan Tumpat di Kelantan, Shah Alam di Selangor, dan Indera Mahkota di Pahang.

Sementara itu, Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari, menyangkal sebarang dakwaan yang cuba mengaitkan Umno bahagiannya dengan cadangan itu.

“Kita tidak ada calonkan sesiapa dari luar Umno atau BN, kerana dalam parti sendiri ramai calon yang layak,” katanya. FMT

Zuhdi akui dicadang bertanding atas tiket BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker