Zahid Hamidi akan bersara? Ini pendedahan Adnan Yaakob

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bersara selepas kemudahan dan pembangunan di Bagan Datuk dilaksanakan.

Menurutnya, perkara itu pernah dizahirkan Ahmad Zahid sebelum ini.

“Beliau pun pernah kata hendak bersara dan sebelum itu mahu pastikan kemudahan di Bagan Datuk dilaksanakan,” katanya di pentas Minggu Negarawan bagi mengupas tajuk Malaysia dan Kebebasan bersuara di sini pada Rabu.

Adnan berkata demikian mengulas sama ada beliau yakin Ahmad Zahid mampu menerajui UMNO sehingga tahun 2026.

Tambah beliau, hubungannya dengan Ahmad Zahid tidak mempunyai sebarang masalah.

“Tak tahu nak kata apa (jangkaan persaraan Ahmad Zahid), sebab saya dengan beliau tiada apa hal.

“Saya doakan beliau sihat,” katanya.

Awal bulan lalu, Ahmad Zahid memberi bayangan mungkin akan bersara sebagai ahli politik apabila berkata kini di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 28 tahun lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker