Wan Azizah anggap Anwar Ibrahim pemain harapan masa depan

Wan Azizah anggap Anwar Ibrahim pemain harapan masa depan

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap pemain Kuala Lumpur (KL) City, Anwar Ibrahim sebagai pemain harapan masa hadapan.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Wan Azizah turut mendoakan pemain pertahanan berusia 23 tahun itu terus maju jaya dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Saudara Anwar Ibrahim, pemain harapan masa depan! Diiringi doa agar maju jaya, berilmu, beriman dan bertaqwa,” tulis Wan Azizah.

Wan Azizah turut memuat naik gambarnya bersama Anwar ketika penyampaian hadiah selepas KL City muncul juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Namun, apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah nama Anwar sama dengan nama suami Wan Azizah yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, gambar Wan Azizah bersama pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu turut menarik perhatian ramai selepas ia dimuat naik di laman media sosial kelab KL City. BH

Wan Azizah anggap Anwar Ibrahim pemain harapan masa depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker