Umrah Abang Tesla ditaja?

Umrah Abang Tesla ditaja?

Syarikat penyedia perkhidmatan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan pihaknya menaja umrah Abang Tesla atau nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri dan dua isterinya.

Pengurusan tertinggi dalam kenyataan berkata, Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.



“Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial. Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya.

“Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri. Kami hanya menyediakan perkhidmatan pakej umrah ziarah kepada pelanggan kami yang ingin menunaikan umrah.

“Kami berharap dakwaan ini akan dapat dihentikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang telah timbul,” katanya.

Syarikat itu dalam hantaran dimuat naik di akaun Facebook rasmi mereka memohon semua pihak dapat menghormati serta memberi ruang kepada Abang Tesla dan kedua isterinya menjalani perjalanan umrah dan ziarah Istanbul mereka bersama dengan tenang dan penuh kasih sayang.



“Kami juga memohon semua netizen sama-sama mendoakan mereka memperoleh umrah yang mabrur dan doa yang maqbul, insya-Allah.

“Kami juga berharap melalui notis pengesahan daripada pihak pengurusan tertinggi Andalusia Travel ini, semua kata-kata cemuhan yang kurang enak didengari di dalam sosial media akan dapat dihentikan serta merta.

“Kami memohon maaf atas sebarang keresahan serta kekeliruan yang timbul akibat dari salah faham yang dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bersama bagasi mereka menerusi hantaran di Instagram (IG), semalam.



Berdasarkan kapsyen pada gambar itu, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama buat kali pertama. HM

Umrah Abang Tesla ditaja?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker