TUN DR MAHATHIR BOLEH JADI PM SELAMA SEPENGGAL SETENGAH: DATUK HUSAM MUSA

Ramai daripada kalangan pemimpin PKR yang menyuarakan hasrat supaya Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun.

Begitupun, Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, walaupun dari PKR, sendiri menyebut pada 1 Januari lalu bahawa PH tidak menetapkan tempoh spesifik peralihan kuasa.

Mengikut beliau, apa yang diputuskan oleh PH hanyalah bahawa Perdana Menteri seterusnya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, ramai daripada kalangan pemimpin BERSATU yang menyuarakan hasrat supaya Tun Dr Mahathir Mohamad diberi ruang menjadi Perdana Menteri selama sepenggal.

Hari ini, Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa, tiba-tiba meletakkan tempoh maksimum Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama sepenggal setengah.

Turut dicadangkan oleh Datuk Husam Musa, yang juga Bendahari PH, adalah supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengejutkan cadangan Datuk Husam Musa ini kerana beliau adalah pemimpin AMANAH sedangkan pemimpin BERSATU sendiri rata-ratanya meminta tempoh sepenggal sahaja.

Apa pun, cadangan Datuk Husam Musa ini memperkukuhkan lagi kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini bahawa PH tidak menetapkan tempoh spesifik peralihan kuasa.

Semoga cadangan Datuk Husam Musa, yang dibuat di saat pemilihan AMANAH bakal menjelang, tidak akan menyebabkan beliau dilabel sebagai lebih BERSATU dari BERSATU.

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker