Tipu bida, lebih 500 syarikat disiasat libat tender kerajaan RM2 bilion

Tipu bida, lebih 500 syarikat disiasat libat tender kerajaan RM2 bilion

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat lebih 500 syarikat yang disyaki melakukan tipuan bida dalam perolehan kerajaan melibatkan nilai tender lebih RM2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, berkata siasatan itu mengambil sedikit masa kerana syarikat terbabit mempunyai jaringan besar selain pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini, yang menjadi kekangan kepada siasatan.

“Kami tidak siasat individu, tetapi kami siasat syarikat yang terlibat dalam kartel dan kes yang disiasat ini ada kemungkinan satu tender boleh masuk hingga 50 syarikat.

“Lepas siasat dan sekiranya wujud pelanggaran undang-undang, kami (MyCC) boleh mengambil tindakan denda ke atas syarikat berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran Pelan Strategik MyCC 2021-2025 yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid.

Selain itu, Iskandar berkata MyCC juga sedang menyiasat beberapa pemain industri dalam sektor logistik di pelabuhan, yang mungkin terlibat dalam isu kartel kerana terdapat pelbagai isu persaingan termasuk tempat menyimpan kontena.

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata kementerian dalam proses meminda Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan Malaysia 2010, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun depan.

Beliau berkata, kedua-dua pindaan tersebut penting untuk melengkapkan pegawai MyCC dengan kuasa yang diperlukan bagi menangani isu persaingan secara berkesan dan cekap dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

“Undang-undang ini juga akan memberi kuasa kepada MyCC menyemak penggabungan yang akan mengurangkan persaingan dalam pasaran dengan ketara, kerana terdapat kemungkinan besar untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan meningkat dalam landskap pasca pandemik.

“Usaha ini akan memberi impak positif dalam mewujudkan persaingan yang sihat, telus dan berintegriti, sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada pelabur,” katanya. FMT

Tipu bida, lebih 500 syarikat disiasat libat tender kerajaan RM2 bilion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker