Syiah adalah ancaman, diplomat Saudi beritahu sidang KL

Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in

Seorang diplomat Arab Saudi di Malaysia membuat kenyataan yang menyerang orang Islam Syiah, mengatakan sia-sia untuk mendekati mereka dalam usaha menyatukan umat Islam kerana sudah sesat.

Atase agama di Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in di satu konvensyen anjuran sebuah kumpulan pro-Saudi berkata ajaran Syiah cabaran terbesar kepada umat Islam.

“Perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan membabitkan soal Fiqiyyah semata-mata, tetapi juga antara haq dengan yang batil,” katanya menurut laporan Berita Harian, ketika berucap di Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan oleh Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU).

Ahli ILMU yang berkait rapat dengan Umno sebelum ini menyokong dasar-dasar Saudi dan mengkritik Syiah, aliran Islam kedua terbesar yang menjadi sasaran ulama Wahhabi.

Abdurrahman berkata ulama terdahulu gagal mendekatkan Sunni dan Syiah ekoran tidak wujud sebarang titik pertemuan.

Beliau seterusnya mendakwa orang Islam Syiah tidak mengiktiraf Al-Quran yang diikuti Islam Sunni.

Berita Harian juga melaporkan konvensyen itu meluluskan suatu resolusi menyeru negara-negara Islam bersatu bawah kepimpinan Arab Saudi dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ia juga memberi amaran tentang kerjasama dengan “pihak yang mempunyai agenda untuk memporak-perandakan kesatuan” bawah OIC.

Resolusi itu dipercayai menjawab tindakan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bulan lepas, yang mengundang kemarahan Arab Saudi kerana penyertaan pengkritk-pengkritiknya.

Sidang Kemuncak KL dihadiri pimpinan Qatar, Iran, dan Turki, yang secara terbuka mengkritik dasar-dasar Saudi.

Sementara itu, konvensyen itu juga menggesa Majlis Raja-raja melipatgandakan usaha mengekang gerakan Syiah, dan menyeru media jangan memberi ruang kepada pembela Syiah.

Ia juga mencadangkan Malaysia menganjurkan suatu sidang kemuncak ulama-ulama Sunni bawah OIC.

FMT

https://mykmu.net/2018/02/18/diplomat-israel-kerajaan-tak-silap-orang-pas-saja-yang-jahil-undang2-antarabangsa/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker