Syed Mokhtar pertimbang kuasai DRB-Hicom

Syed Mokhtar pertimbang kuasai DRB-Hicom

Taikun Syed Mokhtar Albukhary sedang menjalankan kajian strategik ke atas konglomerat DRB-Hicom, menurut sumber rapat mengenai perkara itu.

Ahli perniagaan terkemuka itu dikatakan dalam perbincangan dengan penasihat berpotensi berhubung pilihan untuk membeli firma terbabit, kata sumber enggan identitinya didedahkan.

Beliau turut menimbang menjual kepentingan atau kaedah lain bagi menyelaraskan perniagaan dalam DRB-Hicom, kata sumber itu.

Syed Mokhtar memiliki 56% pegangan dalam firma yang tersenarai di Bursa Malaysia itu melalui pelaburan kenderaan, menurut data dikumpul Bloomberg. DRB-Hicom mempunyai nilai pasaran RM2.9 bilion.

Perbincangan masih di peringkat awal dan tiada keputusan akhir dicapai, kata sumber itu. Wakil daripada DRB dan Syed Mokhtar tidak memberi maklum balas segera sama ada menerusi panggilan telefon mahupun emel.

Andai beliau mengambil keputusan membeli DRB, ia menjadikan perniagaan kedua syarikat yang dinyahsenarai daripada bursa tempatan.

MMC Corp, syarikat terbabit dalam pelabuhan dan logistik, penjanaan kuasa dan kejuruteraan serta pembinaan, diambil alih pada 2021.

DRB-Hicom membeli pegangan saham dalam syarikat pembuat kereta, Proton Holdings Bhd, pada 2012, daripada syarikat milik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

Ia kemudian menjual 49.9% firma berkenaan kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co, pada 2017, urus niaga yang turut memberikan Geely kepentingan majoriti dalam jenama kereta sport ikonik British, Lotus Cars.

Bahagian automotif konglomerat firma itu mempunyai kompleks pemasangan kenderaan yang mampu mengeluarkan 17,000 unit setiap tahun, membabitkan jenama Mercedes, Suzuki dan Isuzu, menurut laman webnya.

Sebagai kontraktor pertahanan utama di negara ini, DRB-Hicom juga terlibat dalam pembangunan, pemasangan dan pengedaran kenderaan ketenteraan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Firma itu juga mempunyai kepentingan dalam Bank Muamalat, penyedia khidmat pos kebangsaan, Pos Malaysia, termasuk pelaburan hartanah. FMT

Syed Mokhtar pertimbang kuasai DRB-Hicom


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker