Syabas MAINJ, polis – Tunku Mahkota Ismail

Syabas MAINJ, polis – Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan yang diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular.

“Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor sudah mengambil tindakan,” menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor hari ini.



Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, memaklumkan bahawa tindakan tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan nama Allah, tambahan lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

“Saya akan memastikan segala kekuatan perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen dan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini dapat dikuatkuasakan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan yang sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dalam kenyataan berasingan berkata, polis merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam pemeriksaan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

Beliau berkata, kilang itu mendakwa stoking berkenaan telah diimport dari China.



Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A/505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. BH

Syabas MAINJ, polis – Tunku Mahkota Ismail

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker