Shamsul Anuar akur dilantik timbalan menteri

Shamsul Anuar akur dilantik timbalan menteri

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akur dengan pelantikan sebagai timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang mengangkat sumpah hari ini sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, atas prinsip meletakkan dirinya sebagai pejuang UMNO, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan kepercayaan kepadanya.



“Terima kasih juga kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) kerana mencalonkan saya.

“Bila diberikan amanah, insya-Allah saya akan berkhidmat dengan jujur dan amanah demi negara serta rakyat tercinta.

“Biar di manapun kedudukannya dan paling utama jangan sesekali lupa bahawa kita hamba Allah,” katanya di Facebook malam ini.

Hantaran itu turut disertai beberapa gambar semasa majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri petang tadi.



Shamsul Anuar berkata, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Lenggong, Datuk Seri Saarani Mohamad dan pengundi di Parlimen Lenggong.

Katanya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ialah isyarat agar pemimpin bekerja lebih gigih dalam menyelesaikan masalah rakyat, selain bertindak secara bijaksana bagi memastikan kebangkitan semula BN.

“Saya yakin jika kita bersama rakyat, rakyat akan bersama kita. Lebih dari itu, saya amat memahami situasi politik yang sudah begitu berubah,” katanya.

Shamsul Anuar pada Ogos 2021 meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. BH



Shamsul Anuar akur dilantik timbalan menteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker