Shah Rukh Khan bakal jadi bapa hero?

Shah Rukh Khan bakal jadi bapa hero?

DALAM kesibukan menjalani aktiviti padat, Shah Rukh Khan antara selebriti yang rajin melayani peminat dalam media sosial.

Pelbagai perkara dikongsi bintang Pathaan itu sama ada membabitkan perkembangan kerjaya seni, aktiviti harian mahupun keluarganya.

Terbaharu, Raja Bollywood itu yang suka bersembang dengan peminat menerusi Twitter dalam sesi ‘Ask SRK’ ditanya mengenai penerimaan andai ditawarkan memegang watak bapa kepada hero dalam sesebuah naskhah.

Jawabnya secara bersoloroh, dia meminta peminat yang bertanya soalan tersebut supaya menjadi bapanya dalam filem.

“Awak jadi bapa saya, saya jadi hero,” katanya.

Apa pun, pada usia 57 tahun, bintang kesayangan ramai itu tetap menjadi buruan produser yang meyakini kemampuannya menarik penonton.

Filem kontroversi Pathaan menjadi bukti aura aktor itu tetap kental sehingga naskhah tersebut meledak di pawagam termasuk di luar negara. K Online

Shah Rukh Khan bakal jadi bapa hero?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker