Krisis Air Selangor: Perlukah Rakyat Selangor Bertolak Ansur Kepada Kerajaan Negeri?

Isu air di Negeri Selangor ini dah makin lama makin membarah. Kerajaan negeri pula sibuk menunding jari kepada Syabas, sedangkan kerajaan negeri perlu memikirkan cara penyelesaian terbaik untuk rakyat, bukan untuk mengenyangkan perut kroni masing-masing. Penulis masih ingat lagi bagaimana kerajaan negeri dahulu kerana terlalu mahukan konsesi pengurusan bahan buangan, sanggup buang kontraktor yang sedia ada dengan alasan itu semua kroni kerajaan lama. Tetapi yang paling melucukan ialah, apabila kerajaan negeri berhabis ratusan ribu ringgit kerana terpaksa membeli lori-lori sampah untuk diberikan kepada kontraktor pilihan mereka. Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Selangor. Sampah membukit di hadapan dan belakang rumah sehinggakan tikus, nyamuk dan biawak membiak dengan banyak.

Read more