Sejarah Coca-Cola Berasal Daripada Ubat

Sejarah Coca-Cola Berasal Daripada Ubat

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE: KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai tanda niaganya.



Coke merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20.

Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Tahun-tahun awal



Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton (“Pemberton’s French Wine Coca”) pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai “Coca-Cola” kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di “Farmasi Jacob” di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk.

Muzium Dunia Coca-Cola di Las Vegas pada 2000



Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola – dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan – terdapat di dalam pasaran.. [1]

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama “Coca-Cola” adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama “Yum Yum” dan “Koke”. Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama “Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan. [2]

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, “Syarikat Coca-Cola” (“The Coca-Cola Company”) (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

Perang Dunia II

Apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia II, Syarikat Coca-Cola bermula memberikan minuman percuma kepada askar-askar Tentera Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mengizinkan kakitangan-kakitangan Coca-Cola memasuki baris depan sebagai “Pegawai Teknik” dan syarikat itu menjalani sistem Coke untuk membekalkan minuman ringan kepada askar-askar yang mengalu-alukan minuman itu kerana ia memperingatkan rumah mereka.



Coca-Cola membina banyak kilang pembotolan di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar dan dengan itu, mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat diluar negeri selepas peperangan. Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan Fanta, sejenis minuman yang baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

Coke Baru sehingga kini

Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada 1985.



Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan selepas pengenalan Coke Baru.

Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga kini.

Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan minumannya. Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman baru itu, dicipta semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi. Banyak ujian rasa buta menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi (yang dipercayai mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan menggunakan vanilin sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan ujian-ujian rasa mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa Coke Baru berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto Goizueta, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.

Peranan presiden Robert W. Woodruff yang lama memegang jawatan syarikat itu adalah tidak jelas. Goizueta mendakwa bahawa Woodruff menyokong penukaran rumusan itu beberapa bulan sebelum kematiannya pada tahun 1985. Ada sebahagian orang mengatakan bahawa oleh sebab hanya dua orang sahaja yang membincangkan perkara itu, Goizueta mungkin salah faham akan keinginan Woodruff kerana Woodruff sewaktu itu hanya dapat menutur dalam kata ekasuku; juga dikatakan bahawa Woodruff mungkin tidak memahami apa yang Goizueta berkata kepadanya.



Kegagalan komersil Coke Baru merupakan tamparan yang besar kepada pengurusan Syarikat Coca-Cola. Kemungkinannya, pelanggan tidak akan sedar akan penukaran rumusan jika ia dibuat secara rahsia ataupun beransur-ansur, dan kesetiaan jenama dapat dipeliharakan. Bagaimanapun, pengurusan Coca-Cola tidak bersedia terhadap sentimen nostalgia bagi orang ramai di Amerika yang dibangkitkan oleh minuman itu. Ada sebahagian orang yang membandingkan penukaran rumusan Coke dengan penulisan semula Perlembagaan Amerika Syarikat.

Rumusan Coca-Cola yang baru mengakibatkan tindak balas yang hebat. Gay Mullins dariSeattle, Washington menubuhkan pertubuhan “Peminum Cola Lama Amerika” (“Old Cola Drinkers of America”) dan mencuba mendakwa syarikat serta melobi untuk rumusan Coke Lama dibebaskan kepada domain awam. Bantahan ini dan yang lain menyebabkan syarikat mengembalikan rumusan lama di bawah nama Coca-Cola Klasik pada 10 Julai 1985. Syarikat itu kemudian dituduh melaksanakan kebalikan pendirian sebagai helah yang teliti, iaitu memperkenalkan produk baru sementara menghidupkan minat terhadap produk yang asli. Donald Keough, presiden syarikat sewaktu itu, menjawab tuduhan dengan pengistyharan berikut:

“Sebahagian pengkritik akan mengatakan bahawa Coca-Cola telah membuat kesilapan pemasaran. Sebahagian orang yang sinis pula akan mengatakan bahawa kami merancangkan kesemua perkara ini. Kebenarannya adalah bahawa kami tidak begitu bodoh, dan kami juga tidak begitu bijak.”
Sewaktu itu, bahagian pasaran untuk Coke Baru merosot ke hanya 3% menjelang 1986. Pada 1992, syarikat itu menukarkan nama “Coke Baru” kepada “Coke II” (jangan kelirukannya dengan “Coke C2” yang merupakan kola kurang gula yang dilancarkan oleh Coca-Cola pada tahun 2004). Bagaimanapun, kemerosotan jualan mengakibatkan pengurangan pengedaran. Sesampai 1998, produk itu cuma dijual di beberapa tempat di Tengah Barat Amerika Syarikat.

Sejarah terkini

Sewaktu era 80-an, Pepsi-Cola telah menayangkan beberapa siri iklan di televisyen yang menunjuk orang ramai mengambil bahagian dalam ujian rasa di mana mereka menyatakan kecenderungan mereka terhadap Pepsi-Cola berbanding Coke. Sebagai gerak balasan, Coca-Cola telah melancarkan “perang cola” keatas Pepsi; salah satu iklan Coke membandingkan cabaran Pepsi dengan dua ekor cimpanzi untuk memutuskan mana satu bola tenis adalah lebih berbulu. Selepas itu, Coca-Cola merampas semula kedudukannya daripada Pepsi-Cola sebagai ketua pasaran.

Sebagai percubaan untuk meluaskan portfolio keluarannya, Coca-Cola membeli Columbia Pictures pada tahun 1982. Columbia membekalkannya publisiti yang tidak ketara melalui pemaparan produk Coke dalam banyak filemnya sewaktu syarikat itu di bawah hak milik Coke. Bagaimanapun, selepas beberapa kejayaan yang awal, prestasi Columbia bermula merosot, dan kemudian digugurkan oleh Coca-Cola pada tahun 1989.

Coca-Cola mengamalkan polisi yang mengelakkan penggunaan kanak-kanak yang kurang daripada umur 12 tahun dalam mana-mana satu iklannya. Ini adalah disebabkan oleh tindakan mahkamah pada awal abad ke-20 yang mengatakan bahawa kandungan kafeina Coke adalah berbahaya kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pada kebelakangan ini, amalan ini tidak menghalang syarikat untuk menjadikan pengguna-pengguna sebagai sasarannya. Tambahan pula, syarikat itu masih tidak mendedahkan bagaimana selamatnya Coke adalah untuk kanak-kanak kecil (ataupun ibu-ibu yang hamil).

Sejarah Coca-Cola Berasal Daripada Ubat


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker