PROTON buka tempahan S70

PROTON buka tempahan S70

TANJUNG MALIM: Pengeluar kereta nasional, PROTON secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya di sini.

S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model PROTON sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.

Selain nama rasmi model, slogan bagi Proton S70 diumumkan sebagai ‘Intelligence that Evolves’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Beliau juga mengesahkan bahawa semua cawangan PROTON akan mula menerima tempahan daripada pelanggan mulai hari ini, dengan bayaran sebanyak RM500.

“Proton S70 mencatatkan babak baharu bagi PROTON kerana kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model yang menjadi evolusi seterusnya bagi model sedan kami.

“Dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi klac berkembar, kami mempunyai harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat PROTON yang sedia ada dan yang baharu, serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé,” kata Chunrong dalam satu kenyataan.

Majlis pelancaran Proton S70 dari barisan pengeluaran di Tanjung Malim itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Menyusul jejak Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan, Proton S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely.

Ia juga model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun ini.

Sebelum pelancaran rasmi, pra-tinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.

Chunrong berkata, upacara penyerahan itu adalah satu lagi langkah penting bagi PROTON dalam usaha bersama DRB-HICOM dan Geely untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif nasional.

Katanya, sejak 2019, syarikat telah melabur lebih dari RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di sini dengan membina garisan perakitan enjin baharu, bengkel hentakan panel baharu, serta barisan perakitan baharu.

“Ini memberi harapan yang baik untuk masa depan syarikat, kerana kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran untuk merangkumi lebih banyak kenderaan tenaga baharu (NEV) dan juga kenderaan elektrik (EV),” katanya. BH

PROTON buka tempahan S70

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker