Politik Anak Beranak Pakatan Harapan

oleh Ab Jalil Backer

1. Sah Anwar Ibrahim memilih Parlimen Port Dickson untuk dikosongkan bagi mencipta laluan beliau menjadi Perdana Menteri.

2. Beliau tidak sanggup mengorbankan kerusi isteri atau anaknya dan memilih orang lain untuk dikorbankan.

3. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah. Cucu saudara, seorang ahli perniagaan, menjadi Setiausaha Politik.

4. Tidak lama lagi Mahathir akan lepaskan jawatan kepada Anwar jadi Perdana Menteri dengan syarat Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri.

5. Demikianlah kita berantakan selama dua dekad sehingga merugikan agama Islam dan masyarakat bumiputera kerana pergaduhan mereka.

6. Bukankah mudah kalau dari dulu Mahathir bagi laluan kepada Anwar Ibrahim?

7. Mahathir mendakwa beliau seorang yang banyak membaca dan mengkaji al-Quran.

8. Kita bersangka baiklah Mahathir belum berjumpa tafsiran boleh angkat seorang yang rendah moral menjadi Perdana Menteri pada 1998.

9. Mungkin Mahathir baru terjumpa tafsiran baru yang membolehkan beliau ubah ijtihad 1998.

10. Atau mungkin kita semua kena tipu kerana apa yang penting pada Mahathir ialah harta dunia dan anak beranak beliau sahaja.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker