PLUS buka semula plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam

PLUS buka semula plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam

Plaza Tol Shah Alam dan persimpangan bertingkat di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) yang ditutup pada Sabtu kini dibuka semula secara berperingkat, menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Bagaimanapun, pengendali lebuh raya itu menasihatkan pengguna terus berhati-hati berikutan masih ada beberapa kawasan ditakungi air banjir.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad berkata, berikutan paras air kini surut, pihaknya segera menjalankan kerja pembersihan, pengalihan kenderaan terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan ke atas lebuh raya serta peralatan tol yang rosak disebabkan air banjir.

“Laluan terjejas kini dibuka secara berperingkat. Namun, kami menasihati para pelanggan supaya tetap berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada beberapa bahagian jalan yang ditakungi air banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

PLUS turut mengucapkan terima kasih ke atas sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi serta orang perseorangan yang terlibat dalam misi menyelamat dan memindahkan pengguna lebuh raya.

Pengguna lebuh raya juga turut dinasihatkan menyemak status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Bagi mendapatkan maklumat trafik terkini, boleh layari laman web www.plus.com.my atau aplikasi PLUS App selain media sosial termasuk Facebook PLUS Malaysia dan Twitter PLUSTrafik. FMT

PLUS buka semula plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker