PLKN 3.0 tahun hadapan hanya untuk remaja lahir pada 2007

PLKN 3.0 tahun hadapan hanya untuk remaja lahir pada 2007

Hanya remaja yang lahir pada 2007, akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Kementerian Pertahanan.

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan berhubung had umur bagi PLKN.

“Kementerian Pertahanan berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” kata kementerian itu.

Terdahulu, langkah kerajaan memperkenalkan semula PLKN turut disambut sesetengah warganet dengan reaksi yang lucu atau sinis.

Ada yang mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Ini selepas kerajaan berkata di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003, belia sehingga umur 35 tahun boleh dikerahkan menyertai program latihan itu.

Lebih menumpukan kepada segmen belia berusia 30-an, mereka meramalkan suasana program tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai kejadian yang ‘janggal’.

Misalnya ada peserta akan mengalami sakit badan selepas menjalani latihan fizikal, serta perbezaan usia dan kematangan yang berbeza apabila remaja dan belia berusia 30-an disekalikan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, Fasa 1 membabitkan pelajar tingkatan empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

Katanya, pelajar tingkatan lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.

Akta PLKN sebenarnya menyatakan bahawa pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong akan menentukan kumpulan umur mereka yang akan dikerahkan untuk menyertai latihan.

Pengisytiharan itu tidak boleh mengerahkan mereka yang berumur di bawah 16 tahun atau lebih daripada 35 tahun.

Bagaimanapun, lazimnya mereka yang dipilih untuk menyertai program latihan dalam dua pusingan terakhir PLKN kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM yang berumur 17 hingga 18 tahun – kecuali mereka yang menangguhkan perkhidmatan sementara menunggu tamat pengajian. Mk

PLKN 3.0 tahun hadapan hanya untuk remaja lahir pada 2007

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker