PKR Ada Terima Notis Dari RoS Berhubung Keputusan Pemilihan Parti – Saifuddin

PKR Ada Terima Notis Dari RoS Berhubung Keputusan Pemilihan Parti – Saifuddin

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan parti tersebut telah menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.

Menurutnya, notis tersebut diterima berikutan tindakan beberapa ahli parti yang membuat laporan kepada RoS berhubung keputusan pemilihan parti sebelum ini.

“Sejurus mendapat surat itu, perkara pertama terfikir, saya mesti bersedia untuk keadaan paling sukar seumpamanya yang berlaku kepada DAP pada 2013 dan MIC pada 2015.

“Tapi percayalah, dengan sokongan pemimpin lama dan baharu, tugas saya yang terakhir sekarang, untuk minit-minit terakhir ini…

“Saya, Saifuddin Nasution akan mempertahankan parti ini sehabis daya dari sebarang tindakan yang akan datang dari RoS,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan ada beberapa ahli PKR membuat laporan polis dan kepada RoS berhubung keputusan pemilihan parti baru-baru ini.

Tindakan itu turut mendapat respons daripada Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil yang menganggap tindakan sebegitu seumpama membuka ruang untuk musuh menyerang parti.

Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota dan pemimpin untuk mempertahankan part termasuk keputusan dibuat berkaitan calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU).

“Jangan beri musuh kita peluru….saya sangat terkilan apabila ada beberapa rakan kita yang buat laporan polis dan RoS. Kenapa serahkan leher dan tengkuk kita kepada musuh?

“Kita tahu mereka (pihak lawan) risau dengan adanya Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Rafizi (Timbalan Presiden, Rafizi Ramli) kerana ia kekuatan paling kuat yang boleh sediakan PKR ke arah menerajui Putrajaya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Ahad. AA

PKR Ada Terima Notis Dari RoS Berhubung Keputusan Pemilihan Parti – Saifuddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker