Pemilih 18 tahun boleh mengundi jika PRN Sarawak selepas 31 Dis

Pemilih 18 tahun boleh mengundi jika PRN Sarawak selepas 31 Dis, kata menteri

Pengundi muda akan dibenar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak jika ia diadakan selepas 31 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, pelaksanaan Undi18 perlu dilaksanakan seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini.



Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang meminta jaminan kerajaan akan melaksanakan Undi18, ketika sesi menggulung Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat.

“Sebenarnya soalan Yang Berhormat tiada kena mengena dengan rang undang-undang hari ini…kalau PRN (Sarawak) diadakan sebelum 31 Dis, ia masih tidak mengguna pakai yang baharu (Undi18), tetapi kalau laksana (PRN) selepas Januari (2022)…kita kena akur dengan arahan mahkamah,” katanya.

Pada 3 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis tahun ini.

Sementara itu, Wan Junaidi ketika membentangkan Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali kedua berkata ia secara amnya bertujuan memantapkan sektor perundangan dan perkhidmatan peguam bela di Sabah.



“Proses Penggubalan Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2021 ini telah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara bagi memastikan ia memenuhi ekspektasi yang diperlukan,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan rang undang-undang itu tanpa pindaan dengan suara majoriti. FMT

Pemilih 18 tahun boleh mengundi jika PRN Sarawak selepas 31 Dis


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker