Pemberontak Houthi lancar serangan di Jeddah

Pemberontak Houthi lancar serangan di Jeddah

Jeddah: Serangan pemberontak Yaman ke atas loji simpanan minyak Arab Saudi mencetuskan kebakaran besar, di fasiliti itu yang terletak berhampiran litar Formula One (F1) Jeddah.

Ia ketika sesi latihan perlumbaan F1 di litar berkenaan.

Kepulan asap dapat dilihat dan latihan kedua perlumbaan itu ditangguhkan.

Kejadian itu adalah salah satu daripada 16 serangan dron dan peluru berpandu oleh pemberontak yang disokong Iran di sekitar Arab Saudi. .

Gelombang serangan itu berlaku menjelang ulang tahun ketujuh campur tangan tentera gabungan pimpinan Arab Saudi terhadap pemberontak di Yaman.

Harga minyak melonjak sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan kebimbangan bekalan, mendorong kuasa barat merayu Arab Saudi dan negara anggota lain dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) untuk meningkatkan pengeluaran.

Serangan pada Jumaat menyasarkan “kemudahan Aramco di Jeddah dan kemudahan penting di ibu kota musuh (Arab) Saudi, Riyadh”, ciap jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree.

Gabungan pimpinan Arab Saudi yang memerangi pemberontak yang disokong Iran mengesahkan serangan di Jeddah.

Pemberontak kerap melancarkan serangan sama ke atas kemudahan minyak Saudi tetapi serangan Jeddah ketika penonton dari seluruh dunia datang menonton perlumbaan Grand Prix F1.

Jurucakap F1 memberi jaminan “acara itu boleh diteruskan seperti yang dirancang”.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengecam serangan itu dan menyebutnya “tidak boleh diterima”. HM

Pemberontak Houthi lancar serangan di Jeddah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker