PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN

 

KUALA TERENGGANU: Langkah kerajaan negeri menyalurkan peruntukan bantuan am sebanyak RM250,000 setiap bulan kepada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO membuktikan Pas masih bersikap terbuka untuk menyuburkan jalinan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT), Hanafiah Mat berkata, setakat ini, semua bantuan am itu disalurkan tepat pada masanya kepada 10 ADUN UMNO terlibat agar mereka dapat menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dengan peruntukan yang diberi.



Menurutnya, ia adalah komitmen Pas Terengganu untuk mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera seperti yang dijanjikan sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Negeri lain dah potong belaka peruntukan ini, tak bagi lagi kepada wakil rakyat PAS seperti mana yang dilakukan pada awal-awal dulu.

“Namun, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk meneruskannya demi rakyat pelbagai kaum, agama tanpa mengira fahaman politik, itu keutamaan kita,” katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, seorang wakil rakyat Pas Pahang mendedahkan semua wakil rakyat parti itu tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri yang ditadbir UMNO – Barisan Nasional (BN) sejak Januari lalu.



Peruntukan RM20,000 yang mula disalurkan kepada wakil rakyat Pas negeri Pahang sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada Mac 2020, ditamatkan tanpa sebarang notis dan ia dipercayai ada kaitan dengan hubungan MN yang semakin dingin akibat beberapa isu.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata, beliah meminta rakyat Terengganu membuat penilaian sendiri sejauh mana ketelusan dan kejujuran Pas untuk memastikan semua rakyat mendapat perhatian dan pembelaan sepatutnya walaupun berada di kawasan yang diwakili ADUN UMNO.

Dalam perkembangan lain, Hanafiah berkata, Pas Terengganu yakin dapat mempertahankan kemenangannya di kesemua 22 DUN dan enam Parlimen pada PRU-15 tidak lama lagi.

Menurutnya, keyakinan itu adalah bersandarkan penerimaan positif rakyat dari pelbagai peringkat yang berpuas hati dengan kecekapan dan ketelusan tadbir urus yang dilakukan Pas ketika ini.



“Seluruh rakyat yang kita jumpa menyatakan bahawa mereka akan terus memberi kepercayaan (memberi undi) kepada Pas untuk memerintah Terengganu penggal depan.

“Rakyat mahu sambung kerana sangat berpuas hati dengan apa yang Pas lakukan sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 tahun 2018 yang lalu,” ujarnya

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker