Ninja Serang Dua Anggota Polis Dengan Pedang Samurai Sebelum DiTembak

Ninja Serang Dua Anggota Polis Dengan Pedang Samurai Sebelum DiTembak

SEORANG lelaki berpakaian ninja telah menyerang dua pegawai polis wanita dengan pedang katana di barat laut Perancis selepas merempuh sebuah kereta curi semasa dikejar polis.

Ninja terbabit, merempuh Citroen C3 yang dicuri ke sebuah stesen servis di Tourlaville di pinggir Cherbourg.

Dia didakwa melompat dari kereta terbabit sambil mengacungkan katana dan turun ke arah dua pegawai polis wanita yang mengejar.

Kedua-dua pegawai itu mengalami kecederaan di bahagian kepala – satu di dagu dan satu di muka.

Suspek kemudiannya ditembak oleh pegawai ketiga yang melepaskan tembakan dari dalam kereta polis pada jarak dekat.

Pegawai itu melepaskan tiga das tembakan yang mengenai perut ninja itu.

Ninja itu kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan serius, bersama dua pegawai wanita yang bagaimanapun dilaporkan tidak serius.

Pegawai yang menggeledah kenderaan curi itu selepas kejadian terbabit mendapati penyerang memiliki senjata lengkap
termasuk berbilang pedang, busur dan panah, dan ‘shuriken’ – peluru tajam biasanya dibaling ke aras sasaran. –Mail Online

Ninja Serang Dua Anggota Polis Dengan Pedang Samurai Sebelum DiTembak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker