Khawarij PAS: Pecah Perut Tidak Dimakbulkan, Kini Minta di“Knock Out”:

PAS akan terus bergelumang dengan kebencian mereka terhadap UMNO. Sedangkan ahli-ahli UMNO 100% beragama Islam. Syahadah orang-orang UMNO sama seperti syahadah orang-orang PAS (kecuali yang bermazhab Syiah di dalam parti tersebut). Namun, PAS tetap menganggap pemimpin dan ahli UMNO adalah musuh mereka. Mereka berdoa untuk kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, persoalannya apakah doa mereka akan diterima, sedangkan doa yang mereka persembahkan kepada Allah itu adalah doa yang bertujuan memusnahkan saudara seagama dengan mereka. Apakah hanya disebabkan politik dan keinginan untuk berpejabat di Putrajaya, PAS sanggup memutuskan tali persaudaraan sesama agama? Dengan terang dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahwa tidak akan masuk syurga mereka yang memutuskan tali persaudaraan.

Read more

Ketua Pembangkang Boleh Menjadi Penulis Skrip Filem Yang Hebat

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh yang suka bercerita tentang teori-teori konspirasi, dari teori pemecatan beliau sehinggalah kematian Altantunya dan Teoh Beng Hock, mulutnya sentiasa berzikir konspirasi. Pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat pula dijadikan tempat beliau untuk bersuluk bersama pengikut-pengikut taksub beliau yang lain. Bagi yang tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara logikal, zikir-zikir konspirasi ini dijadikan sebagai pelindung sekiranya pengikut-pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ini disergah nakal oleh ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

Read more