Mutiara bersaiz 1CM ditemui ketika makan tiram

SEBUAH keluarga menemui mutiara di dalam tiram ketika menikmati makanan laut di rumah di Chiang Rai hari ini. – Foto Discover WildlifeT

Sebuah keluarga menemui mutiara bersaiz lebih 1 sentimeter di dalam tiram ketika mereka mahu menikmati makanan laut di bandar Chiang Rai, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kejadian  berlaku di kediaman seorang lelaki, Sethapong Sivavobg di Mae Lao. Kata Sethapong, isteri dan anak perempuannya membeli tiram dari pasar tempatan popular  di pusat bandar Chiang Rai untuk hidangan keluarga.

Semasa keluarga itu duduk untuk makan, mereka menemui mutiara dalam salah satu tiram yang dibeli itu.

Sethapong menunjukkan mutiara  berwarna putih berukuran kira-kira 1 sentimeter, manakala  keluarga tersebut gembira dengan penemuan itu.



Mereka menyimpannya di dalam kotak biru untuk tujuan  pengesahan di Makmal Pengujian Permata Chiang Mai. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker