Melayu bacul sahaja sanggup bersama DAP : Naib Presiden PAS.

PAS menyifatkan Melayu yang berani melawan DAP sebagai berprinsip, sebaliknya mereka yang bersekongkol dan mengikut telunjuk parti itu sebagai Melayu bacul.

Ia sebagai menyanggah kenyataan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa orang Melayu sekarang menjadi bacul kerana takut kepada DAP, sehingga sanggup memilih penyangak sebagai pemimpin.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata “Melayu minoriti” yang mengikut telunjuk DAP adalah bacul kerana sanggup berbuat demikian demi kuasa sementara.

“Orang Melayu melawan DAP adalah mereka yang berani melawan arus kerana tidak bersetuju dengan konsep yang dibawa DAP.

“Serta cubaan parti itu untuk merungkai segala kontrak sosial yang telah disepakati bersama selepas kemerdekaan.

“Mereka yang sebenarnya bacul adalah Melayu minoriti yang masih bersekongkol dengan DAP dan mengikut telunjuk parti itu semata untuk kuasa sementara,” katanya lapor suara rasmi parti itu Harakahdaily.

Pada 12 Mei lalu, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu menzahirkan rasa malu apabila orang Melayu percaya DAP boleh menghancurkan mereka.

Sebaliknya kata Mahathir Melayu hancur kerana membenarkan penyangak menjadi pemimpin yang dipercayai ditujukan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

“Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam kerajaan Malaysia.

“Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak menjadi pemimpin. Pemimpin seperti ini – walaupun Melayu – akan menghancurkan orang Melayu.

“Kita tubuh sebuah parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya. Berjaya kalahkan British, mencapai kemerdekaan, membangunkan negara sehingga menjadi Harimau Asia.

“Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah,” kata Mahathir.

Pada Mei 2018 BN yang dipimpin Najib ketika itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu kepada PH yang diketuai Mahathir.

Dalam tulisannya itu, Mahathir mengakui orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

“Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah,” katanya lagi.

Sementara itu, Idris berkata orang Melayu yang sekongkol dengan DAP tidak sedar parti itu sedsng merencana agenda untuk terus berkuasa.

“Sedangkan DAP pula sedang merancang untuk berkuasa dalam jangka panjang,” katanya.

Idris yakin Mahathir lebih mengenali tindak tanduk DAP setelah 22 bulan memerintah negara bersama dalam kerajaan PH.

“PAS bersama Umno dan majoriti orang Melayu di negara ini berani menentang DAP kerana mempertahankan kedudukan Islam dan hak orang Melayu yang cuba dileraikan oleh DAP,” katanya lagi.

Mkini

Related Articles

One Comment

  1. “Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak menjadi pemimpin. Pemimpin seperti ini – walaupun Melayu – akan menghancurkan orang Melayu.
    Betul dan tepat cakap Mahathir ni. Orang Melayu berpuluh2 tahun hancur bila membenarkan penyangak dan penyamun jadi Perdana Menteri dan Pengerusi UMNO/BN iaitu manusia pembelit bernama Mahathir. Berpuluh2 tahun penyangak ini berlakon sebagai pejuang bangsa Melayu untuk mencuri, penyamun berbilion2 wang negara di sebalik nama kepentingan Melayu Bumiputera untuk memboyotkan tembolok2 anak2 dan kroni2 bukan-Melayunya. Si Penyangak ini pandai menggunakan strategi ” Reverse Psychology” untuk melalaikan kaum Melayu dengan slogan2 ” Melayu Bodoh”, “Melayu Haprak”; “Melayu Malas”; “Melayu Rasuah”, ” Melayu Penjenayah”; ” Melayu Penagih” dan bermacam2 hinaan. Berpuluh tahun kaum Melayu termakan dengan racunnya dan terus meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk membantu, Malangnya, bukan bantuan yang diperolehi malah apa yang telah dicapai oleh kaum Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar pelajaran Kebangsaan yang diwujudkan oleh Tun Abdul Razak cuba disabotajnya. Berpuluh ribu anak2 Melayu berjaya dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, pertanian dan sebagainya melahirkan pakar2 dalam berbagai bidang menjadi seperti igaun kepada Mahathir lalu dipaksakan berjuta2 anak2 Melayu kampung mengambil matapelajaran2 penting Sains dan Matematik dalam bahasa asing. Akibatnya berjuta terkandas dan hampa, hilang keyakinan diri dan mendorong anak2 Melayu ini menjadi penagih dadah, melepak dan Mat Rempit yang dijadikan modal oleh Mahathir untuk sekali lagi menghina bangsa Melayu. Cuma sekarang majoriti umat Melayu sudah sedar diri mereka diperbodohkan dan ditipu oleh seorang Penyangak yang diangkap menjadi pemimpin satu masa dulu. Nampaknya Mahathir ingin mencuba s.o.p yang sama sekali lagi dengan menambah satu lagi hinaan iaitu Bacul.. sedangkan semua tahu siapa yang bacul sebenarnya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker