Mat Sabu akan dedah punca PAS keluar PR hari ini

Mat Sabu akan dedah punca PAS keluar PR hari ini

Presiden Amanah Mohamad Sabu akan mendedahkan punca sebenar PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) lapan tahun lalu, yang sebelum ini didakwa Abdul Hadi Awang kerana tindakan DAP menolak hukum hudud.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau akan menjawab dakwaan Hadi dalam satu ceramah di Simpang Jeram, Muar pada malam ini.



“Semalam (kelmarin) presiden PAS (Hadi) ‘tembak’ mengatakan mereka tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram.

“Saya akan jawab malam nanti bagaimana presiden PAS membuat pembohongan kepada rakyat. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu,” katanya menurut Berita Harian dalam satu ceramah PRK Pulai di Johor Bahru malam tadi.

“Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden PAS. Jangan tipu Rakyat di atas kopiah kamu itu, ‘no more’.”

Selain mendakwa punca PAS keluar PR kerana DAP menolak hudud, Hadi dalam ceramah di markas PAS Bakri kelmarin turut berkata tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menubuhkan Amanah kerana takut kalah pilihan raya.



PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS ditubuhkan pada 2008 berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen ketika itu selain menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak.

Bagaimanapun, gabungan itu terkubur tujuh tahun kemudiannya susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Sebahagian pemimpinnya termasuk Mohamad kemudiannya keluar PAS dan menubuhkan Amanah untuk menjadi sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) yang merampas tampuk pemerintahan Putrajaya pada PRU2018.
FMT

Mat Sabu akan dedah punca PAS keluar PR hari ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker