MAS-AirAsia perlu pertimbang penggabungan

Seorang pakar ekonomi berkata, AirAsia dan Malaysia Airlines perlu mempertimbangkan penggabungan disebabkan ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan industri penerbangan hampir lumpuh.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, kerjasama jangka pendek juga mampu meningkatkan kelangsungan hidup mereka dengan mengurangkan keupayaan terbiar dan perkongsian sumber.

Katanya, 2 syarikat penerbangan itu terbabit dalam segmen pasaran berbeza dan beroperasi dengan model perniagaan berlainan yang mewujudkan saingan sihat dalam industri serta memberikan kepelbagaian kepada pelancong.

“Destinasi penerbangan mereka tidak bertindih, mereka juga membantu meningkatkan kesalinghubungan Malaysia dengan dunia dan membentuk pasaran pelancongan baru. Secara ringkas, 2 syarikat penerbangan itu menghasilkan manfaat ekonomi lebih tinggi jika operasi perniagaan mereka menguntungkan dan berterusan.”



Cakap-cakap mengenai kemungkinan penggabungan 2 syarikat penerbangan itu timbul sejak April lalu, apabila Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali dipetik Reuters sebagai berkata, penggabungan ialah satu daripada pilihan untuk menyelamatkan 2 syarikat itu ketika krisis Covid-19.

MAS sudah lama menghadapi masalah kewangan, manakala AirAsia dilaporkan berdepan isu kewangan dalam beberapa bulan ini.

Yeah berkata: “Kehilangan potensi mereka akibat pandemik Covid-19 akan menjadi kerugian tidak dapat ditebus kepada ekonomi.

Katanya, 2 syarikat penerbangan itu patut diberikan bantuan tambahan “atas syarat penilaian pelbagai senario pemulihan dan pilihan, termasuk kemampuan mereka untuk menangani pemulihan lemah akibat sekatan perjalanan dan penutupan sempadan”.



Seorang lagi pakar ekonomi, Carmelo Ferlito berkata industri penerbangan memerlukan sokongan untuk kembali kepada prestasi biasanya.

“Bagaimanapun, rancangan sokongan hanya boleh dirangka dengan pelan pasca krisis Covid-19 (exit-plan) berdasarkan konteks untuk pembukaan semula sempadan. Di bawah perspektif ini, saya tidak pasti jika AirAsia akan ditempatkan dalam pasaran lebih baik berbanding MAS apabila sempadan dibuka semula.”

Mengenai kemungkinan AirAsia dan MAS bergabung, katanya, ia sukar dicapai kerana kedua-dua syarikat penerbangan itu menggunakan model perniagaan berbeza. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker