Lebuh raya berlumuran sardin

Lebuh raya berlumuran sardin

Ipoh: Laluan arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 265.9 di sini, sesak sepanjang kira-kira tiga kilometer susulan lori kontena muatan tin sardin terbalik dan menghalang laluan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, disebabkan insiden itu tin sardin juga bertaburan di lebuh raya.

L
Katanya, insiden turut menyebabkan laluan arah selatan ditutup sepenuhnya dan pengguna diarahkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar.

“Kawasan kejadian membabitkan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh namun IPD Kuala Kangsar membantu untuk menyuraikan laluan.

“Pengguna diarahkan melalui Jalan Persekutuan dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video serta gambar lokasi kejadian yang menunjukkan tin sardin bertaburan di atas permukaan lebuh raya.

Sementara itu, laman Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 tengah hari memaklumkan, laluan kontra dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 PLUS arah utara bagi mengurangkan kesesakan sebelum memberitahu lencongan kenderaan menghala selatan di Plaza Tol Kuala Kangsar sudah ditutup setakat jam 2.42 petang tadi. HM

Lebuh raya berlumuran sardin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker