Kroni orang paling berpengaruh PH akan ganti Maszlee, kata Annuar Musa

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa kesal dengan tindakan Dr Maszlee Malik, yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, ahli parlimen Bersatu itu menjadi mangsa percaturan walaupun walaupun prestasinya bukan yang terburuk di kalangan anggota kabinet.

Ahli politik veteran itu juga mendakwa bahawa menteri pendidikan seterusnya adalah seseorang yang paling berpengaruh.

“Kesian Maszlee… dia jadi mangsa walaupun dia bukanlah yang terburuk… tetapi tempatnya nak diambil untuk seseorang yang diketahui kroni orang yang paling berpengaruh dalam kerajaan PH.

“Orang ini terkenal dengan playsafe dan pentingkan dirinya dulu dalam politik. Dialah orang kuat DSN (bekas perdana menteri Najib Razak), dulu.” katanya dalam satu ciapan di Twitter pagi ini.

Annuar Musa
@AnnuarMusa
Kesian Mazlee..dia jadi mangsa walaupun dia bukanlah yg terburuk..tetapi tempatnya nak Di ambik utk seseorang yg di ketahui KRONI orang yg “paling BERPENGARUH”dlm kjaan PH..orang ini terkenal dgn playsafe dan pentingkan dirinya dulu dlm politik..Dialah orang kuat DSN dulu..

Walau bagaimanapun, pemimpin Umno itu tidak menyebut sebarang nama.

Merujuk kepada petisyen yang mahu Dr Maszlee dikekalkan, Annuar, dalam tweet berasingan, mengulangi bahawa bekas menteri itu adalah mangsa percaturan politik.

“Mangsa percaturan…. sekurang-kurangnya Maszlee ada prinsip dalam perjuangan. Penggantinya…? alahai….,” kata Annuar.

Annuar Musa
@AnnuarMusa
Mangsa percaturan. ….,sekurang kurangnya MAZLEE ADA PRINSIP DLM PERJUANGAN…penggantinya alahai…. https://twitter.com/fmtoday/status/1212748232171741185 …

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menentukan pengganti Dr Maszlee dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

PM: Pengganti Maszlee diumum sedikit masa lagi

Antara nama yang disebut-sebut, termasuk bekas menteri Umno Mustapa Mohamed, yang menyertai Bersatu pada September lalu.

Semasa pentadbiran BN terdahulu, ahli parlimen Jeli berusia 70 tahun itu berkhidmat sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Mesra dengan panggilan Tok Pa, beliau juga adalah menteri pendidikan tinggi semasa Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker