Kongsi gelap 04 dan 08 bertempur buat samseng kudung tangan

Seorang samseng berusia 26 tahun kudung tangan selepas terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap melibatkan Geng 04 dan Geng 08 di Taman Tampoi Utama, Skudai, pada 3 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu tersebut merupakan salah seorang daripada empat suspek berusia antara 19 tahun hingga 43 tahun yang berjaya diberkas dalam operasi dijalankan, pada hari sama.

“Siasatan yang dijalankan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes pemerasan dan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

“Dalam masa sama, polis juga sedang giat memburu tiga lagi ahli kongsi gelap yang masih bebas. Punca pergaduhan itu adalah berlaku selisih faham antara dua kumpulan itu ketika sedang berhibur dalam sebuah premis hiburan di Tampoi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, salah seorang suspek mengakui telah membuang pergelangan tangan mangsa di kawasan semak berhampiran lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Kamarul Zaman turut memaklumkan seramai 199 ahli kumpulan kongsi gelap telah berjaya ditahan menerusi Op Cantas yang dijalankan sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

“Antara ahli kongsi gelap yang diambil termasuklah Geng 21, Geng 36, Geng 24, Geng 04, Geng Hong Hong San, Geng Hup Hoe Tong dan Geng Jit It Hai. Mereka terlibat dalam jenayah samun berkumpulan, ugut, pemerasan, mendatangkan kecederaan serta merusuh,”katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker