UMNO ada hubungan dengan komunis?

Untuk mengaitkan ideologi sesuatu negara dan hubungan diplomatik antarabangsa adalah sesuatu yang teramat berbeza. Mungkin juga penyokong tegar pakatan tidak diajarkan oleh pemimpin mereka tentang apa itu ideologi dan apa itu diplomasi. Sekaligus mengakibatkan kerencatan pemikiran dan menghalang mereka untuk berfikir dan berdiskusi secara rasional. Mungkin juga penyokong tegar pakatan sudah terlalu laparkan isu sensasi yang boleh dibuat cerita sehinggakan isu yang ditulis oleh mereka adalah umpama novel yang kadar imaginasi penulisnya begitu tinggi, hingga kadang kala ia menjadi sangat kelakar.

Read more

Pemilik SUARAM: Memperjuangkan Komunisme , Chauvinisme Kaum Cina dan Anarki.

Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Dr Kua Kia Soong yang menyebabkan beliau boleh dianggap sebagai pengkhianat negara. Anak kelahiran dari keluarga kaya dari Batu Pahat ini seperti sedang hidup di dalam alamnya sendiri. Datuknya Kua Kim Pah merupakan pengasas Bank Batu Pahat. Mungkin kerana menjalani kehidupan terlalu mewah dan tidak mengenali erti kepayahan, Dr Kua Kia Soong tidak dapat mengapai realiti kehidupan yang harmoni di Malaysia. Beliau telah beberapa kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Read more