Kilang Lynas Bukti PH Penipu

Rakyat Kena Kencing

Oleh Tun Teja

KETIKA Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) menjadikan isu kilang Lynas sebagai modal untuk memburukan kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebelum PH jadi kerajaan, pemimpin PH termasuk yang telah menjadi menteri dan timbalan menteri menguar-uarkan mengenai bahaya Lynas dan menandatangani akujanji menutup Lynas jika mereka memerintah.

Malangnya, selepas PRU14, operasi Lynas tetap akan diteruskan dan sudah boleh bina pusat pelupusan kekal di negara kita. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack yang terkenal kononnya akan membakar kilang Lynas sekiranya kerajaan tidak bertindak dilihat gagal menangani perkara ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa PH tidak menutup kilang Lynas. PH kencing Rakyat sekali lagi apabila tidak dapat menutup kilang Lynas disebabkan mereka meminjam dan berhutang kepada Jepun.

Penjelasan situasi sebenar ini pernah diberi oleh Timbalan Menteri kerajaan PH merangkap Ahli Parlimen PKR Kuantan. Memetik hantaran di facebook Datuk Seri Najib Tun Razak, Pada awal tahun 2019, Lim Guan Eng pernah mengadu bahawa dia terpaksa berkorban raya Tahun Baharu Cina untuk berlepas ke Jepun bagi meminjam wang dari Jepun.

Akhirnya, dia dan kerajaan PH berjaya meminjam sekitar RM8 bilion dalam bentuk Bon Samurai.

Ahli Parlimen PKR bagi Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan bahawa kerajaan PH tersepit berhubung isu Lynas kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilang tersebut ialah Jepun. Pada masa sama katanya, Jepun adalah negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

“Mungkinkah pelabur-pelabur di Jepun akan berdiam diri sekiranya Lynas tidak dapat meneruskan bekalan REE kepada mereka?” katanya dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia yang ditulis Fuziah dari Mekah ketika itu.

Kerajaan PH selama 22 bulan gagal mengotakan janji untuk menutup kilang Lynas setelah menang PRU14. PH guna isu hutang negara terlalu tinggi dan negara akan tergadai sebab berhutang kepada negara asing serta berjanji akan mengurangkan hutang sekiranya mereka menang PRU.

Akhirnya PH juga yang kencing Rakyat sebab asyik meningkatkan defisit negara dan menambah hutang pada kadar lagi laju selepas mereka menang PRU dan menjadi kerajaan. Janji untuk menutup kilang Lynas hanya tinggal manifesto bukan kitab suci. Ianya bukannya janji untuk ditunaikan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker