Khalid Ibrahim ditempatkan di ICU

Khalid Ibrahim ditempatkan di ICU

Bekas menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan pentadbir laman Facebooknya yang memberitahu keadaan bekas Adun Pelabuhan Klang itu sangat sensitif terhadap persekitaran luar dan hanya dapat menerima pelawat dalam jumlah yang terhad.

“Pihak hospital telah mengenakan SOP yang sangat ketat dan jumlah pelawat juga terhad dan kami dahulukan ahli keluarga sahaja,” kata pentadbir laman Facebook berkenaan.

Menurutnya pihak keluarga juga memohon agar diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

“Marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan Tan Sri pulih seperti sedia kala dan keluarga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam menghadapi ujian besar ini.

“Sekali lagi admin memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini.

“Bagi pihak Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhan Tan Sri,” jelasnya.

Semalam keadaan kesihatan Abdul Khalid, 75, dilaporkan merosot.

Makluman tersebut dikongsikan bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang meminta orang ramai mendoakan kesihatan Abdul Khalid agr kembali pulih seperti biasa. Mk

Khalid Ibrahim ditempatkan di ICU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker