Keganasan di Syria makin teruk, tak selamat untuk pelarian

Keganasan di Syria makin teruk, tak selamat untuk pelarian. Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpandangan negara bergolak Syira yang terus berdepan konflik masih tidak selamat untuk pelarian pulang.

Suruhanjaya siasatan (COI) mengenai Syria berkata, keadaan keseluruhan semakin suram, dengan permusuhan di beberapa kawasan di negara itu, ekonomi yang runtuh, pengeringan sungai dan peningkatan serangan.

“Dalam tempoh sedekad pihak-pihak konflik terus melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan serta melanggar hak asasi manusia Syria.

“Perang terhadap orang awam Syria terus berlanjutan dan sukar bagi mereka untuk mencari keselamatan atau tempat perlindungan di negara yang dilanda perang ini,” kata Ketua Suruhanjaya, Paulo Pinheiro, yang mengeluarkan laporannya ke-24.

Insiden penahanan komunikasi sewenang-wenangnya oleh tentera berterusan, kata laporan itu.

“Suruhanjaya terus mendokumentasikan tidak hanya penyeksaan dan keganasan seksual dalam tahanan, tetapi juga kematian dalam tahanan dan kehilangan paksa,” kata kenyataan media

Perang – yang meletus dari pemberontakan terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad – mencetuskan krisis pelarian terbesar di dunia.

Jiran Syria menampung 5.6 juta pelarian, sementara negara-negara Eropah menjadi tuan rumah lebih dari satu juta.

Pelarian di beberapa negara kini berdepan tekanan untuk kembali. – Agensi

Keganasan di Syria makin teruk, tak selamat untuk pelarian


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Serangan di barat laut Syria ragut 4 nyawa kanak-kanak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker