Jonker Walk Rugi RM2.5 Juta Sehari

Jonker Walk Rugi RM2.5 Juta Sehari

BANDARAYA MELAKA: Sektor pelancongan di Jonker Walk, Melaka yang merupakan antara kawasan tumpuan utama pelancong ke negeri itu mencatatkan kerugian RM2.5 juta sehari akibat penutupan sementara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu.

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, ketiadaan aktiviti ekonomi di situ sekali gus turut menjejaskan hasil pendapatan kerajaan negeri serta Persekutuan.

Beliau berkata, kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dengan setiap mereka membelanjakan RM250 untuk membeli-belah.

Sehubungan itu, kerajaan negeri, kata beliau, sedang dalam perancangan untuk menstrukturkan semula Jonker Walk sebagai kawasan pejalan kaki (pedestrian walk) dengan menutup jalan utama di kawasan itu kepada kenderaan pada waktu-waktu tertentu seperti yang telah dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun, kata Muhammad Jailani, perkara itu masih di peringkat kajian oleh pihak berkuasa tempatan.

“Hari ini Melaka sepatutnya sudah berada di Fasa Kedua (Pelan Pemulihan Negara)… kita (kerajaan negeri) merancang nak menghidupkan balik Jonker Walk, Jebat Street.

“(Melaka) pun dah nak masuk fasa seterusnya bagi menggalakkan pelancong datang ke Melaka, tetapi akibat COVID-19, kerugian tidak dapat dibendung, malah kita boleh cakap ia (COVID-19) memberi kesan kepada Melaka sebanyak 95 peratus,” ujar beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai pendekatan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas di Jonker Walk akibat tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PPN.

Muhammad Jailani berkata, hampir 80 peratus peniaga di Jonker Walk terpaksa menghentikan perniagaan mereka bagi mengurangkan tanggungan perbelanjaan.

Industri pelancongan, jelas Muhammad Jailani, menyumbang 48 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka pada 2019 dengan nilai ‘output‘ RM20.94 bilion.

Jelasnya, selepas kerajaan memberikan kelonggaran membuka semula kawasan berkenaan kepada pelancong, proses pemulihan dijangka memerlukan tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Malah, menerusi Belanjawan 2021 Melaka, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif baharu buat 2,878 peniaga dan penjaja kecil dengan mengecualikan sewa tapak penjaja bagi tempoh Mac hingga April 2020 dengan anggaran RM2.34 juta.

Bagi tempoh Jun hingga Disember 2021, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga bersetuju memberikan pengurangan 50 peratus ke atas caj lesen penjaja dan peniaga kecil yang boleh dimanfaatkan kepada 5,919 pemegang lesen.

Tambahnya, secara tidak langsung, penjaja dan peniaga kecil di kawasan Jonker Walk turut menerima manfaat berkenaan-Awani

Jonker Walk Rugi RM2.5 Juta Sehari


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker